Cabut plug.

Tak sangka cara ni boleh jimatkan bil elektrik
Biasanya tiap-tiap bulan pengunaan elektrik bagi unit rumah pangsa kami ni adalah sebanyak RM70-80. Kadang-kadang mencecah RM100-110

Kami anak beranak memang berada di rumah 24 jam.
Nak dapat caj penggunaan RM30 seperti masa kami suami isteri bekerja dulu, mustahillah

Tapi bila melihatkan amount RM70-100 tu terasa juga.
Fikir macam mana la nak jimatkan penggunaan elektrik ni
Hinggalah satu hari terbuka cerita pasal bil elektrik dengan kakak.

Kata kakak, setiap bulan bil rumah dorang tak lebih RM50 walaupun 24 jam aircond di bilik utama sentiasa on terpasang.

Biar betul? Dah la rumahnya 2 tingkat, atas bawah guna elektrik. Aircond tak tutup

Kata kakak lagi, setiap malam sebelum tidur, abang ipar akan pastikan semua suis yang tidak digunkan, di padam & dicabut.

Ooo begitu.. lets try.
Tak dapat jimat RM50,
dapat jimat sedikit pun dah ok dah.
Bulan pertama percubaan.
Semua plug yang sudah selesai digunakan terus di cabut.
Tak tunggu malam. Cabut terus.

Kecuali plug peti ais, kipas bilik, Aircond & wifi. Sentiasa mode on.
Hujung bulan bil elektrik pun sampai
Berdebar rasa hati ni,
Berapa agaknya boleh reduce ye..
RM60? Tak
Dapat bill RM40 je

Alhamdulillah.. banyak tu dapat reduce. Dari RM70-80. turun hingga RM40. Tambah tolak, jimat RM30 la
Bulan kedua try lagi,
Teruskan cabut plug setelah selesai digunakan
.
Hasilnya juga RM40
Rupanya barulah tahu
Boleh jimat lagi, cuma tak tahu ilmu, tak terlintas di fikiran nak cuba cabut semua plug.
Rupanya, barulah tahu,
selama ini walaupun barang elektrik itu tak digunakan, tetapi arus elektrik pada soket itu masih mengalir.

Bacaan elektrik pun berterusan
Bila soket dicabut, arus terhenti, bacaan elektrik turut terhenti
Tak cuba tak tahu, kan.
Jimat laterik, cabut plug
.share kerana allah

C&P